~cerita yang di hantar melalui message facebook daripada seorang sahabiah yang prihatin terhadap masalah yang aku hadapi saat ini~~~syukran :'(
Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk
melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan
yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya.
Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.
Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh.
Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini.
Masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan
keluarganya sejauh ini.
Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang
masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar
Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya
kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat
terkena minyak pengasih.
"Ya Allah, suburkanlah cintaku
pada-Mu.." rintih Insyirah.
Insyirah terduduk dan beristighfar.
"Susahnya bila ada masalah hati ni,"
keluh Insyirah.
Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai
duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. Otak sudah diset untuk
menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi
tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa
belajar yang ditampal di dinding meja studinya.
Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology dan characteristic of
bacteria pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari
masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana
kedudukan masjid itu yang jauh.
Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan
Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum
waktu Zohor) katanya.
"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.."
sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.
Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang
dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih bertelekung di atas sejadah.
Memikirkan masalah 'hatinya'.
'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang
terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'
Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit
pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari
Aishah yang sedang melipat sejadah.
Aishah memandang Insyirah sekilas.
"Syirah.." Aishah memanggil lembut.
Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih
bermonolog.
'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'
"Syirah.." Aishah masih setia
memanggil.
"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak
tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."
"Syirah.." kening Aishah sudah
berkerut.
"Parah ni. Tiga kali panggil tak
berjawab."
Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah.
Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah
yang merenungnya dengan senyuman.
"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat
ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang
dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.
Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.
"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya
rasanya" Insyirah meluahkan.
"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak
jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri.
Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap.
Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya
sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.
Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu
kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan
Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah
solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti
Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang
berpurdah.
"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah
nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila
melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.
"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak
apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"
Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah
ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."
"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab
kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.
Ketawa Aishah pecah.
"Sakitlah ukhti."Aishah memegang
bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."
"Tu la, buli orang lagi."
Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah
sekilas sebelum memulakan bicara.
"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah
semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk,
lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar
terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual
muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana
kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah,
hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"
Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba
bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan
terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya.
Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.
"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada
masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu
kan?"
Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah
aku mula kenal dengan muslimin itu.
"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat
ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana.
Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati
yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"
Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih
Aishah.
"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah
cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak
memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu.
Ana ingat sampai sekarang ni."
Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika
sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan
Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur
pergi.
"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat
adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan
asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak
nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara
kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah,
kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."
Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.
"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit
semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang
takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti.
Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal
pandangan."
"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu?
Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti.
Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah
akhirnya bersuara.
"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam
tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat
soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan
sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang
sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati
dalam melakukan dakwah."
"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha
Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih
merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula.
Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu
berlainan."
"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji
kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit
yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini,"
Aishah mengulas panjang.
Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham
daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya
dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan
ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?
"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok
je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah
mencelah.
Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun,
senyum masih menghiasi raut wajahnya.
"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka
sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga
mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak
fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.
Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.
Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun
dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada
sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari
Allah SWT.
Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.
Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.
"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti
sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah
mematikan lamunan Insyirah.
Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri.
Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud
kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.
Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang
kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.
Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta
manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia
menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.
Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu.
Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.
Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan
selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun,
disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.
Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?
Mata terasa panas.
Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut
hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas
kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.
Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena.
Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya
kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa
kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi
diserahkan kepada mereka yang tidak halal.
Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar
mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.
Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta.
Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.
Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada
Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi
pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.
Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan
dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah
dia membelakangi Allah.
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak
tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu
itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku
memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat
mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan
kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku
mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada
apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa
yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan
daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya.
Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang
Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan
segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon
perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak
mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan
daripadaMu.
Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan.
Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh
rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan
istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan
istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal
takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.
******
Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu
pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru
semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan
umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.
Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk
menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang
microbiologi.
Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim
sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya
yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.
Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis
keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan.
Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari
halus wanita itu.
Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini.
Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah,
sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan
sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian
hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak
dilempiaskan pada yang sia-sia.
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja,
nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah
dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh
makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan
diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar
pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...
Biarkan
Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...
"kita ada satu sahaja hati. .
jika gembira, hati itu lah. .
jika bertkawa, hati itu lah. .
jika beriman, hati itu lah. .
jika bercinta, hati itu juga, .
jika terluka hati nan satu itu juga.
SATU untuk banyak perkara. ."
::jagalah hatimu::
Reminder for myself ~eyansyah~