Saturday, October 25, 2014

~Salam Ma'al Hijrah 1436,Tahun Baru Masihi vs Tahun Baru Hijrah~

~tanpa sedar, waktu bergerak dengan begitu pantasnya. Pejam celik, siang malam silih berganti, hujan panas menyempurnakan suasana. Usia makin bertambah, ajal pula bakal tiba. Semuanya ketentuan Allah. 

Kini tahun 1435 hijrah telah melabuhkan tirainya. Tahun baru 1436 Hijrah baru saja membuka tirai.. Salam Ma'al Hijrah 1436 buat semua ummat Islam seluruh dunia.

Sekejap.. Sekejap.. Tahun Baru??

Hmm.. Macam lain ja??.
Apa yang lain ek??

Owh ya.. Kenapa sambutan tahun baru hijrah dengan tahun baru masihi ada beza ek? Bukan beza kecik kot. Besar sangat jurang perbezaan tu.. 

Tahun Baru Masihi vs Tahun Baru Hijrah

~Sambutan tahun baru masihi pasti disambut dengan meriah. Pasti akan ada acara "countdown" sebelum masuk tahun baru. Orang ramai pasti membanjiri konsert-konsert percuma yang dianjurkan untuk menyambut kedatangan tahun baru.. Ramai artis dan selebriti yang akan dijemput untuk meneriahkan lagi acara sambutan countdown tersebut. Kemeriahan mula dirasai setelah tiba 12 tengah malam dengan pekikan suara jeritan manusia mengira dan lantuman bunga api yang entah berapa ribu kos habis tapi  hanya di nikmati kurang dari 10 minit. Motif?? Wallahualam..


~Sambutan Tahun Baru Hijrah pula disambut dengan sederhana sahaja. Tanpa ada bunga-bunga api. Yang ada hanya bunga-bunga hidup dan mati yang digunakan untuk menghiasi pentas dan laluan ke pentas semasa sambutan Ma'al Hijrah yang disambut di dewan-dewan yang tidak semua orang boleh hadiri. Majlis yang mengagungkan Allah dan Rasul. Sejarah penghijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Majlis yang dipenuhi dengan alunan bacaan al-Quran,nasyid, dan zikir.


Bukankah dua-dua acara ini tujuaannya sama? Menyambut Kedatangan Tahun Baru kan?? Kenapa cara sambutannya berbeza?? Bukankah negara Malaysia ne Negara Islam?? Kenapa sambutan Tahun Baru Masihi tidak disambut seperti sambutan tahun Baru Hijrah?? Secara sederhana, dengan alunan-alunan zikir,nasyid mengagungkan kebesaran Allah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sungguh!! Majlis tersebut pasti diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-Nya.. 


In shaa Allah..
sama-sama muhasabah untuk memperbaiki tampuk pimpinan sekarang.


Sebelum tu, Jangan lupa amalkan amalan -amalan sunat sepanjang bulan Muharram ini.
In shaa Allah, semoga Allah redha.. 

~Azam perbaiki diri untuk tahun ini.. Sayonara Jahiliah!!






Tuesday, June 3, 2014

~Dalam Jemaah Ada "Play-Boy/Girl"

~Adalah satu perkara yang normal bila mana dalam setiap gerak kerja adanya pergaulan antara Muslimin dan Muslimat. Ia adalah atas dasar gerak kerja.. berhubung, berbincang, kadang-kadang terpaksa bergerak bersama dalam melangsaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Pergaulan yang dibawa di sini bukanlah pergaulan secara bebas.. tetapi pergaulan yang dibatasi dengan batas syariat.

~Namun.. terdapat juga segelintir ahli jemaah yang tersadung, tersungkur dalam gejala yang sukar untuk diungkapkan bila mana batas-batas syariat itu tidak diikuti. .yang mana membawa kepada perhubungan bukan atas dasar gerak kerja.. perjumpaan bukan atas dasar gerak kerja.. juga pergaulan yang melebihi batas syarie’… Bila ditanya mengapa keluar bersama.. ada sahaja jawapan yang dilontarkan,  yang mana mengatakan.. “kami bukan keluar berdua ,malah ada lagi muslimat/muslimin yang lain yang turut keluar  bersama… mana bukti yang kami ne keluar berdua???” … Bila mana perkara yang haram tidak menghalalkan cara.. Biar segerombolan angkatan muslimin/ muslimah yang menemani ketika pertemuan itu.. yang mana terdapat hanya seorang muslimin/muslimah.. ia pasti akan menimbulkan apa sahaja prasangka dari kalangan masyarakat yang jumud fikiran bila mana perempuan yang bertudung labuh berjalan dengan ramai muslimin atau… seorang muslimin berjalan dengan perempuan-perempuan yang bertudung labuh…

~Back to the main title~
Apabila sudah bergerak kerja bersama dengan seorang muslimah dalam satu program hati mula dijentik oleh syaitan. Jari jemari mula menaip huruf-huruf di skrin sentuh telefon pintar…
Min:  “assalamualaikum ukhti, apa khabar?… laporan unit dah siap?”…
Mat:  “Waalaikumussalam.. ana sihat, enta pula?.. alhamdulillah.. ana sedang siapkan laporan unit. Inshaa Allah malam ne juga siap.. enta nak malam ne ke?”
Min : “ Alhamdulillah ana juga sihat.. Allah, skg dah jam 1130 ne ukhti, lewat da tuk siapkan laporan tu.. takpe la,.. enti buat esok je la.. tak baik wanita secomel enti tido lewat, tak la comel pula esok pagi.. enti rehat la.. enti sambung esok.. esk je enti hantar dgn ana…bole kan??”
Mat : “Ala sikit je ne… ana tak kesah pun ana tido lewat,.. mmg dah selalu mcm tu.. tetap juga maintain comel pun :p.. enta je tak tau”
Min: “ye ke enti selalu tido lewat?? Allah tak baik tuk kesihatan tu tau.. nnt enti demam, selesema, batuk.. sapa susah…enti juga kan? Takkan ana kot? Hehe”
Mat: “Ala ana dah biase dah buat keje lewat malam ne… ana masih kuat lagi..enta tak payah la risau .. ana oke.. ”
Min: “eh… jan la ckp mcm tu.. enti ne kena jaga kesihatan enti..nnt lepas ne ada program lagi kn.. taknak la tgk enti tak dtg pla program tu.. kehadiran enti memberi semangat dan inspirasi buat ana.. belum lagi part enti berkata-kata..”
Mat: “Allah syeikh.. .tinggi ayat syeikh… terima kasih la.. malu pula enta ckp mcm tu.. yela inshaa Allah esok ana hantar.. ana rehat dulu”.
Min: “mcm tu la.. okela.. Nnt ana bgn qiyam.. ana bgnkan enti skli ble??”
Mat: “ bole.. oke la.. assalamualaikum”
Min: “Selamat malam.. wa’alaikumussalam”

Cukup sketsa ringkas yang ingin di ceritakan,.. yang mana dari cerita ini juga kita boleh tahu apa yang akan jadi seterusnya… bermula la bait-bait kata dan cinta yang mula timbul di hati seorang lelaki dan perempuan itu.. Memang benar ..cinta itu adalah fitrah manusia.. siapa kita yang ingin menolak fitrah itu… tapi kita boleh sahaja mengelak dari terjebaknya ke landasan yang tidak sepatutnya.. antaranya bila mana bermula la titik-titik permulaan seperti perbualan di atas..
Belum habis dengan muslimah yang satu.. muncul lagi program yang lain.. yang mana bergerak kerja dengan muslimah yang lain… menjadi pengarah program pula.. mula lah melangsaikan kerja-kerja sehingga program selesai.. akhir program… perbualan yang sama seperti di atas berulang kembali.. sang ukhti mula merasai keselesaan bergerak kerja dengan sang akhi… bermula lah lagi detik-detik tika mana hati mula di uji..bukan setakat muslimin sahaja yang berhubung dengan muslimat.. malah ada juga muslimah yang terus melayan perhubungan tanpa wayar ini dengan muslimin ini...

Belum cukup sekadar gerak kerja.. penggunaan media sosial sekarang juga tidak kurang hebatnya bila mana ada sahaja sang ukhti yang mula berjinak-jinak dalam gerak kerja dakwah ini.. tiba-tiba di usha secara personal via private message.. dengan cara yang sama… hanya bertanya khabar…. 
Tidak salah menggunakan media sosial tuk gerak kerja.. tapi sila berpada-pada.. bila berlanjutan.. boleh jadi perkataan ‘enta enti’ berubah menjadi ‘abg syg’.. bukan sekadar tuk seorang muslimat.. tetapi tuk dua tiga orang lagi dengan gelaran yang sama tuk mengelakkan daripada terbongkar rahsia!!. .hebat permainan seorang muslimin yang nampak hebat di luar, menjaga pergaulan di alam realiti tetapi di alam maya.. dialah seorang Casanova… Manis mulut bicara.. Ramai yang terpikat..


Wahai muslimah.. jagalah pergaulanmu di media sosial.. jangan hanya di alam realiti enti menjaga.. tetapi di alam maya.. enti sama sahaja dengan wanita lain.. Ketahuilah.. dirimu sangat berharga.. biar pun dirimu berpurdah.. bertudung labuh.. tapi hanya luaran yang dijaga tapi dalaman tidak.. it’s still the same girl..

Benda ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, bukan juga untuk menghentam muslimin/muslimat tetapi untuk peringatan dan kesedaran bersama.. bukan mudah menjaga hati.. jadi minta berhati-hati. .Gerak kerja Islam bukan tuk orang yang bermain-main dalam perjuangan.. menjadikan jalan ini hanya jalan untuk mencari pasangan.. Sila betulkan niat anda semua wahai Para Daie. .Jangan disebabkan anda.. Islam terfitnah.. Kerana sikap anda.. nama Islam itu buruk.. . tidak kisah bila anda yang difitnah.. tapi bila melibatkan agama.. pandai-pandailah anda jawab di mahsyar nanti :) .

~bukan Marah.. cuma nampak emosi sikit bila melibatkan agama ne~

#PeringatanUntukDiriSendiri#


sekadar gambar hiasan

Tuesday, December 17, 2013

~Tanda Allah Sayang~

Assalamualaikum~

~Alhamdulillah..  masih diberikan nikmat bernafas di bumi Allah ini pada hari ini.. In Shaa Allah tuk hari ini dan esok sehingga tiba masanya nyawa ini dicabut dari jasad ini.. Sungguh!! Nikmat Allah yang tidak boleh terbalas dengan apa-apa.. dengan amalan yang sangat kurang ini pun masih belum layak untuk mempertikaikan Nikmat Allah yang Maha Besar ini. SubhanaAllah,

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)


~Ujian - Tanda Allah Sayang~

~Ayat yang menguatkan diri ini tika dilanda ujian dan cabaran. .Bila terasa payah dan berat, sering mengingatkan diri agar terus kuat. .Bersangka baik dengan Allah . Betapa Sweetnya Allah kan :')..  Dia beri kita satu cabaran untuk lihat adakah kita ini jenis yang cepat berputus asa atau orang yang akan terus berjuang hingga akhir demi mencapai Redha-Nya.. Allah :') Ganjaran Pahala menanti orang yang sabar :) ..
#Tepuk dada tanya diri sendiri#

~Sering kali kita ini di uji dengan masalah seperti masalah kerja, masalah kewangan, masalah rakan-rakan, masalah peribadi, menghidapi penyakit, kematian orang tersayang dan sebagainya. Pernahkah kita merasakan bahawa setiap masalah itu mendekatkan kita kepada Allah atau menjauhkan kita daripada-Nya??

~Jika anda jenis yang menjauhkan diri daripada-Nya tika ada masalah.. Sila renovate hati anda.. .Mungkin anda yang terlebih bermasalah sehingga tidak menyandarkan masalah tersebut untuk diselesaikan dengan bantuan Allah..

~Pandanglah masalah itu sebagai "hadiah" dan  "pengiktirafan" dari Allah s.w.t untuk "dinaikkan pangkat" disisi Allah s.w.t. .Jangan sesekali memandang masalah itu sebagai "bala" atau "malapetaka" . Ternyata persepsi seperti inilah yang melemahkan diri sendiri,..

~Tanda seseorang itu beriman dan dikasihi Allah ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada Allah akan masalah yang dihadapinya. Menyandarkan segala masalahnya kepada Sang Pencipta. Tiada pertolongan kecuali daripada Allah semata-mata. Orang yang mempunyai masalah dan menyandarkannya kepada Allah serta redha, sebenarnya tiada masalah dengan Allah, kerana itulah tanda Allah Sayang untuk mengangkat darjat seseorang itu.. sebaliknya orang yang tidak dihimpit dengan masalah dan hanyut dengan kesenangan dunia itulah yang mempunyai masalah dengan Allah s.w.t

~mereka yang hanyut dengan dunia tidak akan merasa kemanisan iman dengan kemewahan yang menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan juga mereka tidak pernah menangis kerana Allah.

~Semakin besar ujian Allah kepada hamba-Nya, semakin tinggi darjatnya di sisi Allah..~

~Gembira menerima Ujian dari Allah~ Bersyukurlah dengan Ujian yang Allah berikan.. Redha dan terima dengan hati yang lapang. Simpan di dalam hati setiap kali ditimpa masalah,musibah dan ujian, katakanlah " Ini Tanda ALLAH Sayang padaku. .Terima Kasih Ya Allah"~

~Pandanglah sesuatu itu dari Allah, termasuklah masalah yang dihidapi dan berusaha untuk menyelesaikan masaah tersebut kemudian bertawakallah dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakal akan sentiasa dibantu Allah~

~Allah s.w.t murka kepada orang yang merungut dan tidak redha dengan ujian/masalah yang dihadapinya.. Mengapa kita harus merungut sedangkan yang memberi masalah itu adalah Sang Pencipta kita???~


~TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN... SATU PENGALAMAN YANG MEMATANGKAN DAN MENDEWASAKAN DIRI INI ~


#senyum...
#senyum...
#senyum...


Tuesday, October 30, 2012

~JOM TUTUP AURAT!!~

Assalamualaikum... Sebuah komik santai mengenai teguran seorang sahabat Facebook... Bukan nak hantam sape-sape, tapi harap2 isi kandungannya dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Jazakallah... Selamat membaca~ ^^ Oh ya, jangan lupa klik 'share'~ sebar2kan dakwah... ^^

















































~end~

~semoga menjadi ikhtibar dan bermanfaat untuk kita amalkan bersama~










~

Wednesday, October 10, 2012

AL IMAM ABU HANIFAH DAN ATHEIS


AL IMAM ABU HANIFAH DAN ATHEIS


“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :

“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”

Soalan Kedua

“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”


Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”

Soalan Ketiga

“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"


Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

“ Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab :

“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”

Mereka menjawab : “ Nombor 3”

Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”

Mereka menjawab : “Nombor 2”

Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Mereka menjawab : “Nombor 1”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”

Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”


Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"


Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Mereka menjawab : “ Tentu sekali”

Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”


Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh

“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”

Soalan Kelapan

“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”


Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
*******

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah)

Friday, August 31, 2012

~sudah meRdeka kah KITA??

~adakah kita sudah merdeka??
saat negara kita sudah bebas dari penjajah. .
namun. .fikiran, mentaliti dan budaya masih lagi di jajah. .
dijajah dengan budaya yang bukan dari budaya yang boleh membantu kita menuju 
jalan yang BENAR, ,
budaya ASING yang telah banyak mempengaruhi remaja-remaja saat ini. .
pengetahuan mengenai ilmu agama sangat cetek. . . .
~seperti yang kita sedia maklum bahawa semua remaja- remaja ini tahu. .tapi tidak amalkan. .~pelik kn. .
mereka masih membiarkan diri hanyut dalam hasutan dan mainan syaitan. .huhu. .


Apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya
dari sudut perspektif islam...

Adakah kita sudah Merdeka???

kita nampak dah kemerdekaan jasmani
iaitu... penjajah balik ke kampung dia...
tetapi jasmani kita sahaja Merdeka, rohani kita belum...

Apakah kita sudah Merdeka???

Negara belum lagi Merdeka sepenuhnya
kerana peraturan bukan daripada peraturan Islam...
tak merdeka lagi...

kita terlampau bangga dengan Kemerdekaan kita...

anak2~ muda sekarang masih belum Merdeka
kerana pakaian macam kafir Laknatullah...
di rumah kita pun belum lagi dapat Kemerdekaan...
kerana cara didik anak pun masih lagi...
terselit dengan unsur2~ yang bukan daripada Islam yang begitu suci...

wahai umat Islam Malaysia... Merdekakan diri anda!!!

selama mana kita duk patuh peraturan manusia...
yang dalam masa yang sama yang menjadikan langgar peraturan Allah s.w.t...
maka, kita tidak lagi Merdeka...
jadi... kemerdekaan yang sebenarnya
kita balik kepada status Hamba Allah...
kita ini diciptakan oleh Allah...
bertujuan supaya jadi Hamba Allah...

Merdekakan Diri Kita!!!...

di bulan Kemerdekaan ini...
kita kena Merdeka benar2~ Rohani dan Jasmani...
daripada penjajahan barat yang kafir kepada Allah s.w.t...





untuk meMERDEKAkan hati dan jiwa....

pandanglah setiap sudut + segi itu melalui pandangan 'mata hati'....

pandanglah melalui rasa 'hati nurani'....

kerana di situ kita akan tahu....

ALLAH lah yg perlu kita takuti.....

ALLAH lah yg patut kita sembah...

ALLAH jua lah yg Maha segala-galanya....

biarlah kita miskin di dunia....

tetapi kaya di akhirat....

untuk akhirat kita tidak boleh 50-50... separuh-separuh....

kerana penghidupan di akhirat itu yang kekal abadi....








semoga diri ini sentiasa menginsafi apa yang telah berlaku. .


agar diri ini tidak dijajah dengan anasir-anasir luar. .

Sunday, April 29, 2012

KenaLi Qarin~~ Our Own "UNSEEN TWIN"~~

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR...